Berita Hari Ini

Sungai Perak di Kuala Kangsar hampiri paras bahaya

KUALA KANGSAR – Paras air Sungai Perak di Dataran Lembah di sini menghampiri bacaan berjaga-jaga berikutan taburan hujan yang tinggi sejak awal bulan ini terutama di kawasan empangan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata setakat pukul 2 petang tadi bacaan paras Sungai Perak adalah 32 meter (m) iaitu satu meter menghampiri paras berjaga-jaga.

“Kadar kenaikan paras air adalah membimbangkan dan boleh mendatangkan bahaya jika tidak diuruskan dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan Sungai Perak di jeti Dataran Lembah di sini, hari ini.

Katanya, bagi memastikan paras air di Empangan Bersia dan Kenering, kedua-duanya di Gerik berada pada paras selamat, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melaksanakan pelepasan terkawal sejak Khamis lepas.

Bagaimanapun, katanya disebabkan jumlah aliran air yang tinggi, TNB terpaksa meningkatkan kadar pelepasan terkawal di stesen jana elektrik Chenderoh, Kuala Kangsar bagi mengimbangi paras air dengan jumlah aliran dari Empangan Kenering dan sungai-sungai yang lain. 

Mohd Zolkafly memberi jaminan kerajaan negeri akan mengurus dan memastikan paras air di sepanjang Sungai Perak berada pada paras terkawal dan selamat.

Beliau turut meminta semua pihak terutama penduduk di sepanjang Sungai Perak supaya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir memandangkan musim tengkujuh dijangka berlarutan sehingga Mac 2021. 

Dalam perkembangan lain, Mohd Zolkafly berkata Terminal Bas Kuala Kangsar akan dinaik taraf tahun ini dan kerja-kerja tersebut dilaksanakan oleh pihak swasta bersama Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");