Berita Hari Ini

Tukang gunting rambut terus putus rezeki ketika PKP 2.0

 Tukang gunting rambut yang kini bergelut dengan tekanan ekonomi memohon kerajaan membantu mereka mengatasi krisis kewangan dialami dengan memberi kelonggaran .

Tukang gunting rambut berkata, susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) tangan mereka terikat untuk mencari rezeki bagi membayar sewa, gaji pekerja, malah untuk terus hidup.

Muhd Idris, pengendali BrosBarbershop 1996, memberitahu FMT, perniagaannya kali ini lebih teruk terjejas daripada keadaan yang dilalui semasa pelaksanaan PKP pertama pada Mac tahun lepas.

Beliau pada mulanya agak lega apabila kerajaan mengenakan PKPB kerana perniagaan meningkat sedikit, tetapi merudum dengan adanya PKP kedua kali ini.Powered by Streamlyn

“Kerajaan harus pertimbangkan untuk izinkan kami kembali bekerja – tentunya dengan SOP ketat kerana kami pun tidak mahu kluster gunting rambut pula terjadi,” katanya.

Meerun Prabu dari Romeo Barbershop pula berkata, tukang gunting rambut nampaknya bukan keutamaan kerajaan dan baginya yang mempunyiai tiga kedai, banyak yang dipertaruhkan.

“Tahun lalu pemilik premis masih boleh beri saya waktu untuk lewat bayar sewa dan juga beri diskaun.

“Sekarang keadaan memaksa mereka mahukan sewa dibayar tepat pada waktu dan dibayar penuh,” kata Meerun.

Beliau kini buntu bagaimana untuk membayar sewa, di samping gaji tukang gunting di bawah pengurusannya.

Beliau amat bimbang perniagaannya tidak dapat bertahan jika PKP dilanjutkan selepas Feb ini.

Justeru beliau meminta kerajaan membenarkan kedai gunting rambut dibuka semula dengan SOP ketat.

“Cuma pelanggan yang buat temu janji awal akan dilayan. Mereka tidak boleh datang terus untuk gunting rambut. Itu antara SOP yang mesti dipatuhi,” kata Meerun.

Beliau berkata, kedai gunting rambut “boleh hidup” jika kerajaan mengizinkannya.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");