Berita Hari Ini

Tumbangnya seorang wira

Seorang doktor yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia dipercayai akibat kepenatan dan terlalu letih dengan beban kerja.

Kematian Dr Ali Noor Hassan tular di media sosial selepas dikongsikan oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) menerusi Facebook.

Dr Ali Noor juga merupakan ahli berdaftar skuad berkenaan.

SPJM memaklumkan Ali mulai jatuh sakit kerana kurang rehat sejak penularan Covid-19.

“Kami baru menerima khabar kematian Almarhum Dr Ali Noor Hassan melalui laman Facebooknya.

“Ini gambar terakhir beliau yang sempat diambil oleh rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

”Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan,” tulis SPJ.

SPJ berkata, arwah Ali merupakan seorang ahli khidmat dakwah.

Skuad itu menyifatkan pemergian itu sebagai satu kehilangan buat barisan hadapan yang komited bertugas.

Sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih belum memberikan pengesahan.- MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");