Berita Hari Ini

Wanita Uzbekistan guna MyKad orang lain dapatkan rawatan di HKL

Akibat menipu pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menggunakan kad pengenalan milik orang lain bagi mendapatkan rawatan di hospital itu selama tujuh tahun, seorang ibu tunggal warga Uzbekistan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Perbuatan tertuduh, Arslanova Oksana Leonidovna, 39, terbongkar ketika dia menyamar sebagai penama Kerinjeet Kaur Tharam Singh, 48, dan mengemukakan salinan kad pengenalan atas penama Kerinjeet Kaur bagi tujuan mendapatkan rawatan di hospital itu, pada pukul 10 pagi, 31 Dis lepas.

Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dibacakan dalam Bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah.Arslanova Oksana dihukum mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan juga denda.

Wanita itu turut dijatuhi hukuman penjara sebulan selepas mengaku bersalah terhadap satu lagi pertuduhan, memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Jalan Dang Wangi, di sini pada 2.30 petang, 4 Jan lepas.-SM

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");