Berita Hari Ini

100,000 jemaah asing tunai umrah sejak 1 November 2020

Kira-kira 100,000 jemaah dari negara luar mengerjakan umrah selepas perkhidmatan untuk jemaah asing disambung semula sejak 1 November lalu.

Menteri Haji dan Umrah, Muhammad Saleh Benten, berkata kementerian sedang mengusahakan pelan operasi untuk menyambut ketibaan Ramadan dan mengkaji perkembangan berkaitan ibadat haji dengan pihak berwajib.

Menurut laporan Saudi Gazette, beliau berkata, sekitar sembilan juta jemaah memanfaatkan aplikasi Eatmarna kementerian itu.

“Kerajaan berusaha menerapkan pelan strategik bersepadu untuk ibadat haji dan umrah dengan pelan dan langkah-langkah pencegahan untuk membenarkan pelaksanaan umrah dalam jumlah yang terbatas

“Program teknologi memudahkan pelaksanaan ibadah secara profesional dan teratur, sekali gus membangunkan perancangan yang tepat untuk Ramadan,” katanya.

Benten berkata, tindakan kemanusiaan kerajaan Arab Saudi menarik perhatian dan kekaguman di peringkat global termasuk apa yang dilakukan terhadap jemaah yang terperangkap di negara itu selepas penguatkuasaan langkah dan protokol pencegahan yang ketat susulan penularan pandemik COVID-19.

Jemaah diberikan segala kemudahan sehingga mereka kembali ke negara mereka, kata menteri itu.

“Kementerian Haji dan Umrah bekerja sepanjang waktu, bekerja sama dengan pihak keselamatan dan kesihatan dalam rancangan menyambung semula perkhidmatan umrah dalam tiga fasa, kerana persiapannya memerlukan langkah pencegahan dan pengurusan kumpulan orang ramai dengan teliti,” katanya. – AGENSI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");