Berita Hari Ini

Bekas pegawai kebudayaan SUK Perak didenda RM40,000 terima suapan

Seorang bekas penjawat awam didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM25,500 tiga tahun lalu.

Hakim S Indra Nehru membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan hujah dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Tertuduh, Herman Ibrahim, turut berdepan hukuman penjara lapan bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya dia gagal membayar denda ditetapkan.

Bekas pegawai kebudayaan Kumpulan Selendang Perak di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak berusia 46 tahun itu sebelum ini berdepan enam pertuduhan menerima suapan dengan jumlah keseluruhan RM257,600 antara November 2018 hingga Februari 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Herman dilepaskan dan dibebaskan untuk empat pertuduhan mengikut Seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh membayar RM45,000 kepada kerajaan bagi pemulangan semula semua harta yang disita daripada tertuduh ketika operasi iaitu kedai dobi dan barangan kemas.

Semua kesalahan itu dilakukan di tempat dan waktu berbeza ketika dia bertugas sebagai ejen kepada Sekretariat Sukma XIX Perak 2018.

Peguam tertuduh, Khairilazwar Khalil, sebelum ini memohon untuk mengemukakan Akuan Rundingan mengikut Seksyen 172C Kanun Tatacara Jenayah.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Wahida Jalaluddin yang mengendalikan kes itu bersetuju dengan rundingan tersebut dan mengesahkan borang akuan berkenaan.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");