Berita Hari Ini

Bongkar video TikTok suami bersama isteri kedua, wanita dibelasah mati

Seorang lelaki tergamak menumbuk dan menampar isterinya sehingga maut selepas rahsianya berkahwin lain terbongkar.

Kejadian berlaku di Flat Pelangi Damansara, apabila mangsa terlihat suaminya bersama wanita lain yang juga madunya melalui video di aplikasi TikTok sebelum berlakunya pergaduhan pada kira-kira 10 malam.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima panggilan kira-kira pukul 7.30 pagi daripada orang awam memaklumkan mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di rumah berkenaan.

“Polis yang bergegas ke lokasi mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian badan mangsa dan punca kematian masih belum dikenal pasti.

“Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, suami mangsa berusia 29 tahun telah ditahan, dan hasil soal siasat mendapati suspek mengaku menumbuk dan menampar mangsa berkali-kali hingga tidak bergerak sebelum meninggalkan isterinya itu sendirian dan menuju ke Klang.

Sementara itu, seorang wanita berusia 45 tahun yang mengaku isteri kedua suspek yang berkahwin pada November tahun lalu, turut ditahan bagi membantu siasatan.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");