Berita Hari Ini

Borang daftar vaksin Covid-19

Kementerian Kesihatan (KKM) menerbitkan borang persetujuan vaksinasi Covid-19 yang merangkumi klausa menyatakan persetujuan penerima vaksin bertanggungjawab terhadap sebarang risiko.

Borang itu dimuat naik di laman web Jabatan Kesihatan Pulau Pinang. (pautan – https://jknpenang.moh.gov.my/jknpenang/images/PDF/BORANG_KEBENARAN_SUNTIKAN_VAKSIN_COVID.pdf)

Ia memerlukan penandatangan menyatakan sejarah kesihatan termasuk sama ada pernah mengalami kesan sampingan teruk selepas menerima imunisasi sebelum ini, mempunyai sejarah alahan teruk, sedang atau bercadang untuk hamil dan sekiranya menyusukan bayi.

Ia juga menyatakan dengan menandatangani borang persetujuan itu, penandatangan memahami perkara berikut:

  1. Pengambilan vaksin Covid-19 mungkin menimbulkan reaksi serta kesan sampingan seperti dinyatakan dalam Maklumat Vaksin Covid-19 Bagi Penerima Vaksin.
  2. Saya bertanggungjawab ke atas risiko yang mungkin berlaku akibat keputusan atau tindakan saya ini kerana manfaat vaksin adalah jauh lebih baik daripada kesan sampingannya.
  3. Vaksin ini tidak memberi jaminan sepenuhnya kepada saya daripada tidak mendapat jangkitan Covid-19 pada masa akan datang.
  4. Dengan menandatangani persetujuan menerima vaksin Covid-19 ini, saya bersetuju dengan rela hati untuk melengkapkan jumlah pengambilan dos vaksin seperti yang dijadualkan.

Pada akhir borang, penandatangan diminta menuliskan nama dan nombor kad pengenalan, termasuk jika menandatangani borang itu bagi yang berada bawah jagaan mereka.

Fasa pertama vaksinasi, dari Februari hingga April, adalah untuk 500,000 petugas barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam memerangi Covid-19.

Fasa kedua, dari April hingga Ogos, melibatkan kumpulan berisiko tinggi, sementara fasa ketiga, dari Mei hingga Februari 2022, akan melibatkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Proses pendaftaran bagi mereka yang mahu menerima vaksin Covid-19 akan bermula bulan depan.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");