Berita Hari Ini

Kami lega, terima kasih MKN, KKM – Pekerja

Kakitangan-kakitangan sebuah syarikat penyediaan makanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lega dan melahirkan rasa syukur kerana kebimbangan mereka untuk ke pejabat ekoran jangkitan beberapa kes Covid-19 dalam kalangan pekerja sudah mendapat perhatian Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Mereka yang menghubungi MalaysiaGazette memaklumkan KKM dan pihak berkuasa lain ada datang ke pejabat tersebut untuk memeriksa pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh MKN.

Menurut mereka, pekerja-pekerja yang menjadi kontak rapat kepada kakitangan yang disahkan positif juga telah diarah untuk menjalankan ujian saringan Covid-19.

Susulan ujian saringan yang dijalankan, kakitangan-kakitangan kini memakai gelang beberapa warna mengikut ketetapan KKM.

“Kami rasa bersyukur sangat sebab sekarang kami tidak lagi rasa bimbang untuk ke pejabat dengan adanya pemantauan daripada KKM dan SOP dipatuhi.

“Terima kasih KKM, MKN dan semua pihak yang prihatin,” kata mereka.

Sebelum ini MalaysiaGazette melaporkan kebimbangan pekerja di syarikat berkenaan susulan kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan kakitangan syarikat tersebut.

Kebimbangan itu timbul selepas seorang daripada kakitangan syarikat berkenaan meninggal dunia.

Rata-rata mereka bimbang penularan besar-besaran yang berlaku di kilang Top Glove akan terjadi di syarikat tersebut jika tindakan proaktif tidak dilakukan dengan segera.

MalaysiaGazette difahamkan pada masa ini ada kakitangan syarikat berkenaan yang dikuarantinkan dan hanya pekerja tertentu sahaja dibenarkan ke pejabat.

Semalam, menerusi Twitter, KKM mengesahkan sebanyak 434 saringan Covid-19 dijalankan di sebuah syarikat perkhidmatan di Jalan KLIA, Sepang.

Daripada jumlah itu, terdapat 24 kes dan tiga lagi kes baharu. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");