Berita Hari Ini
Like

Kerajaan dijangka perkenal semula GST dalam Belanjawan 2022

February 5, 2021
247 Views
0 Comments
1 minute read
Kerajaan dijangka perkenal semula GST dalam Belanjawan 2022

Kerajaan dijangka akan mengumumkan kembali pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam Belanjawan 2022 yang mungkin akan berkuatkuasa pada 2023.

Memetik laporan Bernama, Ketua Ekonomi Affin Hwang Capital Research, Alan Tan berkata, pengenalan cukai berkenaan bagaimanapun akan dilaksanakan dengan kadar yang lebih rendah dari enam peratus dan boleh diterima orang ramai.

Pengenalan semula cukai itu juga katanya, akan memberi lebih banyak kelonggaran kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan korporat dan peribadi, menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik.

“Antara aspek kami menyokong GST ialah ia mengambil hasil daripada cukai tidak langsung berbanding cukai langsung.

“Kerajaan mempunyai fleksibiliti untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan korporat dan peribadi untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi pelaburan yang lebih menarik,” katanya pada taklimat media secara maya hari ini.

Menurut Bernama, Tan juga bersetuju bahawa GST adalah asas cukai yang lebih luas berbanding dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) semasa.

Katanya, semasa melancarkan GST, kerajaan juga akan melihat masalah bekalan, seperti bekalan berkadar standard, pembekalan berkadar sifar, pembekalan pengecualian, dan juga menetapkan nisbah yang tepat untuk perniagaan yang mahu mendaftar.-GST

Komen & Pendapat

Comments are closed.