Berita Hari Ini

Kontraktor didenda RM10,000 palsu dokumen selenggara bekalan air

Seorang kontraktor didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan memalsukan dokumen penyelenggaraan bekalan air tiga tahun lalu.

Syed Basri Syed Lin, 56, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim S Indra Nehru.

Dia berdepan hukuman penjara sembilan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Syed Basri dituduh melakukan perbuatan itu pada 6 Nov 2018 di pejabat Politeknik Sultan Azlan Shah di Slim River, iaitu dengan curang menggunakan sebuah dokumen sebagai tulen bagi pengesahan siap kerja projek penyelenggaraan bekalan air, baik pulih panel, dan sistem bekalan air di rumah pam di politeknik itu sedangkan dia mengetahui pengedap mekanikal bernilai RM5,200 sebenarnya tidak dibekalkan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Wahida Jalaluddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nurul memaklumkan pihak pendakwaan bersetuju supaya tertuduh membayar denda RM10,000 atas tuduhan berkenaan dan ia dicapai hasil pertimbangan Akuan Rundingan mengikut Seksyen 172A Kanun Tatacara Jenayah.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");