Berita Hari Ini

Kuota 30% tidak membantu Bumiputera

Apakah kuota 30 peratus yang ditetapkan bagi lot perumahan Bumiputera membantu golongan tersebut sekiranya lot-lot yang disediakan tidak langsung dapat membantu mereka dari segi pemilikan perumahan tersebut.

Sedangkan setiap projek perumahan, termasuk servis apartmen dan kondominium telah diwajibkan minima sebanyak 30 peratus bagi lot Bumiputera perlu disediakan.

Persoalan yang timbul sekarang apakah ianya membantu golongan Bumiputera bagi memiliki lot-lot tersebut dengan harga RM1500 hingga RM2000 perkaki persegi seperti projek servis apartmen di Segitiga Emas KL.

Demikian dilontarkan oleh Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria.

“Tiada maknanya diwujudkan kuota lot Bumiputera 30 peratus apabila lot-lot tersebut amat sedikit dibeli oleh Bumiputera dan akhirnya terpaksa dibuka kepada bukan Bumiputera.

” Lot Bumiputera yang tidak dilepaskan dianggarkan menyumbang antara 40 hingga 50 peratus daripada jumlah harta tanah negara yang tidak terjual sepertimana yang dinyatakan melalui sidang media ekspo hartanah Malaysia oleh Presiden REHDA pada Oktober 2020.

“Banyak rumah yang siap dibina di negeri-negeri tertentu tidak terjual kerana kerajaan negeri tidak mahu melepaskan lot-lot Bumiputera tersebut,” tegasnya.

Sejajar dengan itu saran beliau, yang harus diberi keutamaan ialah samada projek tersebut merupakan projek yang menggembirakan rakyat atau sebaliknya iaitu projek yang mampu dibeli atau dimiliki oleh majoriti rakyat.

Tambahnya, yang lebih penting ialah kerajaan pusat maupun kerajaan negeri mengkaji dan menyemak semula polisi perumahan yang ada apakah ianya adalah polisi yang membanggakan rakyat atau pun sebaliknya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");