Sukan Hari Ini

Lee Chong Wei sumbang tablet untuk bantu pelajar

Usaha bekas Timbalan Menteri Belia, Steven Sim untuk membantu kanak-kanak yang tidak mampu untuk bersekolah telah mendapat sambutan dari tokoh sukan negara, Datuk Wira Lee Chong Wei.

Chong Wei telah menghubungi sendiri ahli Parlimen Bukit Mertajam tersebut yang sedang berkempen untuk membantu pelajar sekolah yang tidak mampu belajar kerana tidak mempunyai alatan pembelajaran ketika sekolah di jalan di atas talian (online).

Melalui kempen ‘Asal cek mau pi sekolah’, Steven telah membuat kempen sumbangan alatan pembelajaran termasuk tablet, telefon pintar atau laptop untuk pelajar yang tidak mampu memiliki alatan pembelajaran tersebut.

“Hero kami datang untuk membantu!” tulis Stevem melalui twitter beliau ketika mengumumkan kedatangan Chong Wei dan seterusnya berjanji akan menyumbang 50 tablet bagi membantu kempen beliau itu.

“Semalam, Lee Chong Wei menghubungi saya selepas mendengar program kempen ‘Asal cek mau pi sekolah’.

“Kami sembang sikit fasal keluarga, kesihatan dan sukan di Malaysia secara umum.

“Berita baiknya, Chong Wei akan sponsor 50 tablet untuk prpgram kami! Terima kasih saudara!” tulis Steven ketika berkicau di twitter beliau.

Pelbagai pihak sekarang sedang berusaha untuk membantu pelajar sekolah yang tidak boleh belajar kerana ketiadaan peralatan selepas Kementerian Pendidikan memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.

Akibat dari pendekatan ini, pakar ekonomi Dr Jomo K Sundran mendakwa kira-kira 90 peratus pelajar bakal tercicir kerana mereka tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk belajar di atas talian.

Kerajaan, katanya, sepatutnya menggunakan TV dan radio kerana lebih 90 peratus keluarga di Malaysia mempunyai peralatan itu di rumah masing-masing.

Ramai juga pihak yang bertanya status pemberian laptop percuma untuk pelajar di Malaysia melalui belanjawan 2020 lagi.-MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");