Berita Hari Ini

Majlis Raja-raja Melayu bersidang esok

Majlis Raja-raja Melayu akan mula bersidang selama dua hari mulai esok.

Sebelum mesyuarat kali ke-257 itu berlangsung, suatu mesyuarat pramajlis dilangsungkan hari ini.

Berdasarkan maklumat pada laman sesawag rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu, Majlis Raja-Raja bersidang sebanyak tiga kali dalam setahun.

Mesyuarat esok merupakan yang pertama yang dijadualkan untuk tahun ini.

Ia hadir ketika Raja-raja Melayu kini memainkan peranan yang yang lebih ketara dan negara pula berada dalam keadaan politik yang tidak menentu.

Kebiasaannya, agenda perbincangan mesyuarat tersebut tidak diumumkan.

Sementara itu, bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin, melalui hantaran di media sosial hari ini berkata dia yakin raja-raja akan mengambil kira keluh-kesah rakyat ketika ini.

“Tapi apa yang raja-raja akan bincang dan putuskan hanya mereka yang tahu.

“Yang kita tahu, banyak orang dan pihak sudah bagi pendapat berkenaan darurat dan penggantungan parlimen ini sampai ada yang diancam dengan tindakan undang-undang.

“Saya yakin raja-raja Melayu peka dengan keluh-kesah dan pertelingkahan di kalangan rakyat jelata mengenai hal ini,” katanya yang sehaluan dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

A Kadir turut berkata Majlis Raja-raja sebelum ini pernah memainkan peranan ketika kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang memuncak pada 2015.

Ketika itu Majlis Raja-Raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. 

Pada Okt tahun lalu pula Agong menolak permohonan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengisyitharkan darurat selepas memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-raja Melayu. 

Bagaimanapun pada Jan lalu baginda memperkenan permohonan Muhyiddin supaya darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung wabak Covid-19. 

Muhyiddin berkata proklamasi darurat itu diperlukan untuk memerangi pandemik Covid-19. Namun pengkritik menyifatkan ia merupakan tindakan presiden Bersatu itu untuk bertahan selepas kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");