Membawang Hari Ini

Makcik Petir Positif Covid-19

Pelakon veteran Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan Makcik Petir dikalangan peminat drama disahkan positif Covid-19.

Berita itu dimaklumkan oleh anak saudaranya yang juga penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin menerusi satu perkongsian di Instagram.

Menerusi entir itu, Shahrulezad turut memuat naik video Noyati di rumahnya sedang menunggu kedatangan ambulans untuk mengambilnya untuk dibawa ke hospital.

“Saya merayu pada semua peminat mak uda Yati kesayangan ramai agar mendoakan kesembuhan dia dan semoga Allah tenangkan dia. Saya tahu dia tengah gelisah sebab dekat hospital nanti, dia seorang sahaja, tak ada siapa dapat temankan dia.

“Doakan dia pulih dan tabah. Malah, doakan sekali agar semua pesakit Covid-19 yang lain sama ada kenal atau tidak diberikan kesembuhan yang sama,” tulisnya.

Difahamkan, Noryati menetap di Johor bersana keluarganya mula berlakon dalam drama Abang Mak Panggil Balik dan kerap berlakon di dalam drama terbitan Radiusone Sdn Bhd.

Dalam pada itu, kata Shahrulezad lagi, selain ibu saudara, sepupunya dikenali Ezzah juga disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun, Ezzah hanya kuarantin di rumah kerana mengalami simptom ringan.-RTKY

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");