Berita Hari Ini

Malaysia tidak boleh berjaya dengan hanya satu kaum

Pembentukan Malaysia yang berjaya bukanlah berteraskan satu kaum semata-mata seperti mana yang pernah ditegaskan bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, Malaysia tidak akan boleh berjaya sebagai sebuah negara sehinggalah semua pihak mengutamakan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia, dan bukannya identiti kaum dan agama mereka.

“Amat menyedihkan apabila kita melihat kegagalan usaha pembinaan negara bangsa kita. Selepas enam dekad, negara kita masih dihantui dengan politik sempit dan tidak bertoleransi yang berteraskan isu perkauman dan keagamaan.

“Tidak ada sesiapa pun yang meminta supaya rakyat Malaysia berhenti daripada menjadi seorang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, atau Buddha.

“Tetapi kita semua perlu bersama dan bersatu padu sebagai rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Lim berkata rakyat Malaysia juga perlu mengingati kata-kata Abdul Rahman bahawa Malaysia perlu menjadi pusat pertemuan empat kebudayaan besar dunia iaitu Tamadun Islam, Cina, India, dan Barat, dan bukannya menjadi kegagalan akibat pertembungan di antara tamadun-tamadun ini.

Justeru katanya, sempena ulang tahun bekas Perdana Menteri itu, cara terbaik untuk memperingati negarawan tersebut adalah dengan berpegang kepada kekuatan utama sebagai sebuah bangsa dan sebuah negara.-MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");