Berita Hari Ini

Najib gagal lagi ketepikan Gopal ketuai pasukan pendakwaan 1MDB

 Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi gagal dalam permohonan untuk menyingkirkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan kes berprofil tinggi, 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pekan telah memohon untuk menyingkirkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu daripada kes meminda laporan audit 1MDB yang sedang berjalan ketika ini.

Hari ini dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan memutuskan menolak semakan kehakiman kemukakan oleh Najib kerana tidak mempunyai asas terhadap permohonan tersebut.

Kata Zaini, beliau hanya dapat mempertimbangkan permohonan itu seandainya ada bukti Gopal bertindak berat ketika menjalankan tanggungjawabnya sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

“Seperti semua maklum, kejadian berat sebelah seperti pertemuan dengan bekas Peguam Negara pada 2018 berlaku sebelum Gopal Sri Ram dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

“Najib juga tidak buat permohonan lebih awal daripada itu, permohonan ini adalah tanpa merit. Tiada hal yang dapat menyokong permohonan ini kerana ia kekal andaian (hypothetical),” katanya.

Sebelum ini juga, Najib pernah mengemukakan beberapa permohonan di mahkamah berasingan untuk mengetepikan Gopal daripada mengetuai pasukan pendakwaan namun ditolak.

Pada 28 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pernah menolak semakan kehakiman Najib untuk menyingkirkan Gopal.

Perbicaraan kes membabitkan pertuduhan Najib meminda laporan audit 1MDB dijadualkan sambung semula minggu hadapan Isnin, ketika ini prosiding 1MDB bersama saksi ke-10 masih sedang berjalan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. -MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");