Berita Hari Ini

Netizen minta Jokowi doa Muhyiddin letak jawatan

Ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin isytihar lawatannya ke Indonesia sangat berjaya, netizen pula meminta Presiden Indonesia, Jokowi doakan agar beliau meletakkan jawatan.

Kehadiran Muhyiddin di Indonesia selama dua hari telah dikongsi Jokowi di Facebooknya, ekoran itu komen-komen yang dilontarkan kebanyakkanya mengkritik dan menyindir Muhyiddin.

“Mohon Bapak Jokowi hembus sedikit doa kat telinga PM Muhyiddin agar dia segera letak jawatan,” tulis Mohd Nazri.

Malah ada juga yang meminta agar Jokowi ‘simpan’ sahaja Muhyiddin di Indonesia supaya beliau tidak lagi kembali ke Malaysia.

“Mohon Pak Joko ambil ya dan simpan terus Muidin di Indonesia…jangan biarkan dia pulang…mohon sgt2,”tulis Wan Razman Wan Man.

Tidak kurang juga ada netizen meminta Jokowi menasihati Muhyiddin supaya letak jawatan kerana perdana menteri itu kini sudah tidak mempunyai majoriti.

“Pak Joko tolong nasihat Mu letak jawatan. Rakyat sudah banyak susah kerana dia gila kuasa. Dia sudah tak ada majoriti,” komen Paul Tan Eng Hwa.

Netizen turut membidas Muhyiddin yang disifatkan tidak tahu malu pada diri sendiri apabila bertemu dengan Jokowi iaitu presiden Indonesia yang diangkat melalui mandat rakyat.

“Tidak setanding malah memalukan diri sendiri apa bila pengkhianat mandat rakyat bertemu dengan presiden pilihan rakyat,” bidas Che Amripz.

“Muhyiddin muka tak malu,” tulis Nazar Ahmad.

Tidakan Muhyiddin yang menggantungkan Parlimen dalam proklamasi darurat turut disamakan dengan pentadbiran di Mynamar yang tidak demokrasi.

“Pak Muhyiddin pun merampas kuasa di Malaysia dan mengantung parlimen di Malaysia. Situasai di Malaysia sama seperti di Myanmar. Tidak demokrasi.

Lawatan Muhyiddin ke Indonesia merupakan lawatan pertama sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 pada 1 Mac 2020.-MalaysiaDateline

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");