Berita Hari Ini

Pengecualian duti hiburan bantu pengusaha taman tema terjejas

 Pengecualian duti hiburan di Selangor bagi bayaran masuk ke taman tema akan bermula pada Mac  sehingga hujung tahun ini.

Ia dilakukan bagi membantu pengusaha meneruskan operasi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengurus Besar Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad berkata, sejak pelaksanaan PKP, para pengusaha telah berdepan kemelut susulan perniagaan ditutup bagi mengekang penularan Covid-19 .

“Pengusaha dapat tarik nafas lega apabila inisiatif ini diumumkan bahkan telah memberi sinar baharu untuk mereka meneruskan operasi.

“Kami berharap dengan cara ini pengusaha dapat lakukan promosi untuk tarik pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan hari inio.

Menurut Azrul, meskipun sektor itu kembali dibenarkan beroperasi, taman teman tetap berdepan masalah memandangkan terikat tatacara operasi piawai yang ketat terutama pengurangan bilangan pengunjung.

“Oleh itu Tourism Selangor akan menggiatkan pelbagai usaha termasuk kempen ‘Pusing Selangor Dulu’ dan pemberian baucar selain beberapa langkah lain.

“Antaranya, program jelajah dan acara pelancongan norma baharu,” ujarnya.

Pada Selasa lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan penguatkuasaan pengecualian itu bermula 18 Mac ini hingga 31 Disember tahun ini.

“Sebanyak RM26.35 juta telah diperuntukkan bagi meringankan beban pengusaha sektor berkenaan.

“Cukai itu juga telah dikurangkan dari 25 kepada lima peratus selama lima tahun mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026 dengan impak RM21.04 juta setahun. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");