Perak Hari Ini

Polis rekod kenyataan Aziz Bari

Ketua pembangkang Perak, Aziz Bari mendakwa beberapa pihak memanipulasi kenyataannya mengenai Yang di-Pertuan Agong dan pengisytiharan darurat.

Bercakap kepada Malaysiakini, Aziz berkata sepasukan polis dari ibu pejabat polis Bukit Aman tiba dari Kuala Lumpur untuk merakam kenyataannya di balai polis Lahat di negeri itu petang tadi.

Menurut Aziz ada pihak tidak dikenali membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataan yang dibuat secara langsung di Facebook baru-baru ini.

“Isunya adalah mengenai Yang di-Pertuan Agong dan keadaan darurat.

“Laporan dibuat oleh pihak yang tidak dikenali, memanipulasi kenyataan saya dan mengambilnya dari luar konteks,” katanya.

Aziz berkata ada pihak menghasilkan klip video dan memasukkan kenyataannya yang dikatakan menghina Agong.

Dia percaya tujuan di sebalik klip itu adalah untuk memberi gambaran buruk kepada DAP dan dilakukan oleh lasykar siber.

Tidak dapat dipastikan di bawah seksyen apakah Aziz disiasat.

Aziz hanya berkata, dia dipanggil oleh polis di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah yang memberikan kuasa kepada polis untuk merakam kenyataan dari saksi.

Pada 12 Jan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan pengisytiharan Darurat bagi membendung Covid-19 setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Darurat berkuat kuasa sehingga Ogos tahun ini. Selama tempoh itu, sidang parlimen dan Dun ditangguhkan.

Namun, dalam satu kenyataan hari ini, baginda bertitah sidang parlimen boleh diadakan pada tarikh yang dianggap sesuai atas nasihat perdana menteri.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");