Berita Hari Ini

Rosmah diarah bela diri 3 pertuduhan rasuah solar hybrid

Datin Seri Rosmah Mansor diperintah bela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie atas tiga pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang mula membacakan penghakiman kes rasuah Rosmah berkaitan projek hibrid solar pada 9.45 pagi.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan peguam Datuk Jagjit Singh serta Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Rosmah.

“Pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh ke atas ketiga-tiga pertuduhan. Dengan ini saya memanggil tertuduh untuk membela diri,” katanya.

Rosmah yang berada dalam kandang tertuduh kemudian diberikan tiga pilihan, sama ada berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan, memberikan kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.

Atau pilihan terakhir memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Rosmah kemudian memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dengan pihak pendakwaan ketika pemeriksaan balas.

Ketika ini, tarikh bagi pembelaan belum lagi diputuskan oleh Mohamed Zaini. -MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");