Berita Hari Ini

Rosmah tenang

Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba untuk keputusan kesnya rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak tiba di perkarangan Mahkamah Jalan  Duta di sini sekitar jam 9.15 pagi ini.

Berbaju kurung kuning keemasan, beliau yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan tenang dan sempat melemparkan senyuman kepada pengamal media yang berebut-rebut mengambil gambarnya.

Keadaan sedikit tidak terkawal memandangkan jumlah media semakin ramai dan masing-masing hendak mendapatkan gambar serta posisi terbaik.

Rosmah berdepan dengan tuduhan pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.

Sejurus selepas Rosmah tiba, Najib tiba lima minit selepas itu dengan menaiki Perdana TN50 dengan bersut biru.

Beliau juga kelihatan tenang dan sempat bercakap dengan penyokong sedia menunggu sejak 9 pagi tadi.

Najib dijangka bersama-sama Rosmah mendengar keputusan kes yang akan dihakimi oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohammed Zaini Mazlan sebelum kembali ke perbicaraan beliau, 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) hari ini.

Mohamed Zaini dijangka memberikan keputusan sekitar 10 pagi ini selepas mendengar penghujahan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan peguam-peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh yang mewakili tertuduh.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Ketika ini, Rosmah dan Najib masih kelihatan duduk di galeri awam menunggu kehadiran Mohammed Zaini manakala semua peguam kedua-dua belah pihak sudah berada dalam bilik perbicaraan.

Media yang mendapat pas khas pula hanya dibenarkan untuk berada di B1 yang mempunyai ‘videolink’ bagi mengikuti prosiding kes. -MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");