Berita Hari Ini, Panasnya Hari Ini

Saya tidak khianati rakyat, Dr M jelaskan beliau letak jawatan kerana ‘tiada pilihan’

Dr Mahathir Mohamad menyangkal tuduhan Tommy Thomas bahawa tindakan beliau meletakkan jawatan perdana menteri tahun lalu berupa pengkhianatan besar-besaran terhadap rakyat.

Beliau menegaskan keputusannya itu semata-mata berasaskan hakikat Pakatan Harapan tidak lagi mempunyai sokongan majoriti di Parlimen, susulan tindakan PPBM dan pemimpin PKR Azmin Ali serta penyokongnya keluar gabungan itu.

Thomas, yang dilantik Mahathir sebagai peguam negara ketika itu, mengupas peletakan jawatan itu dalam memoirnya, “My Story: Justice in the Wilderness”.

“Jarang berlaku dalam sejarah negara kita jutaan pengundi dikecewakan oleh tindakan seseorang,” kata Thomas dalam buku kontrovesi itu.

Menjawab tuduhan itu, Mahathir menjelaskan beliau tiada pilihan selain berundur susulan blok PPBM pimpinan Muhyiddin Yassin dan kumpulan Azmin Ali meninggalkan Pakatan Harapan.

“Jadi, sama ada saya berundur atau tidak, saya tidak boleh jadi perdana menteri PH kerana PH sudah tumbang,” katanya dalam temubual FMT.

Semalam, pemimpin DAP, Lim Kit Siang, mendakwa Mahathir betul-betul tersilap apabila meletak jawatan, walaupun, kata beliau, pemimpin itu masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Tindakan Mahathir itu, menurut Kit Siang, menyebabkan PH mencalonkan Anwar Ibrahim untuk mengisi jawatan itu setelah Mahathir enggan berbuat demikian atas tiket PH, katanya.

Dalam wawancara dengan FMT, Mahathir sekali lagi menegaskan beliau melepaskan jawatan pengerusi PPBM selepas parti itu menolak nasihatnya untuk terus bersama PH.

Beliau menanggap penolakan itu seperti usul undi tidak percaya terhadapnya.

“Saya seorang tak boleh berkeras menjadi perdana menteri. Saya perlu disokong parti, tapi saya tiada parti. Bukanlah saya memang mahu melakukannya (letak jawatan) tapi saya tiada pilihan.”

Selepas PPBM dan 11 wakil rakyat PKR meninggalkan kerajaan PH, pentadbiran Mahathir tumbang namun beliau dilantik sebagai perdana menteri interim selepas meletak jawatan pada 24 Feb.

Keesokannya, sebilangan pemimpin PPBM dan kumpulan Azmin serta beberapa parti lain menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Tidak sampai seminggu kemudian, Agong memilih Muhyiddin sebagai perdana menteri dan mengetuai kerajaan yang merangkumi PPBM, Umno-BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan beberapa parti lain.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");