Panasnya Hari Ini

Selepas 35 tahun bergelar YB, Annuar baru banyak belajar cara bantu orang susah

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengakui kagum dengan kesungguhan Kuan Chee Heng yang lebih dikenali ‘Uncle Kentang’ membantu rakyat susah.

Pengakuan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu ditulis selepas pertemuannya dengan aktivis masyarakat popular tersebut di pejabatnya semalam.

“Di luar sana banyak NGO dan individu yang begitu gigih membantu golongan yang susah dan yang memerlukan.

“Saya kagum dengan komitmen mereka. Banyak yang dapat saya pelajari daripada mereka,” katanya yang sudah bergelar Yang Berhormat (YB) sejak tahun 1986 itu.

Uncle Kentang di pejabat Annuar semalam

Kelmarin, dia juga telah membawa masuk Ustaz Ebit Lew ke pejabatnya dengan turut menyatakan cuba untuk memahami dan mempelajari usaha murni pendakwah itu secara dekat dalam membantu orang susah.

Annuar, 66, mula menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peringat pada 1986 sejak aktif dalam Umno Kelantan mulai 1979.

Dia yang kini sebagai Ahli Parlimen Ketereh sejak 2013 itu juga menerajui Kementerian Belia dan Sukan selama tiga tahun mulai 1990.

Annuar turut pernah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar pada 1993 hingga 1999 sekali gus berhubung secara langsung dengan masyarakat pelbagai kelas ekonomi termasuk golongan berpendapatan rendah atau B40.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa tetapi dengan majoriti yang berkurang, Annuar dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dari 2013 hingga 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");