Berita Hari Ini

Selepas selamba rentas negeri, ahli MKT Umno dijangkiti Covid-19, menteri segera buat ujian calitan

Selepas dua hari Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno di Janda Baik, Pahang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melabuhkan tirai, seorang daripada mereka telah dijangkiti Covid-19.

Difahamkan ahli MKT tersebut ialah pemimpin kanan Umno Bahagian di Selangor.

Ekoran itu, beberapa pemimpin tertinggi Umno yang juga hadir mesyuarat tersebut pada 19 Februari lalu dikatakan telah melakukan ujian saringan dengan segera.

Dalam masa sama, seorang menteri Kabinet telah segera membuat ujian saringan semalam selepas mengetahui ahli MKT terbabit positif Covid-19.

“Benar, Datuk Seri (menteri berkenaan) hadir pada mesyuarat itu. Esoknya terus beliau buat swab test,” kata pegawai khas kepada seorang menteri terbabit, lapor Astro Awani hari ini.

Bagaimanapun, pegawai itu enggan mendedahkan identiti sebenar ahli MKT yang dikatakan positif Covid-19, sekali gus membawa risiko kepada semua yang hadir dalam mesyuarat itu.

Antara pemimpin yang menghadiri mesyuarat MKT di Institut Latihan Memperkasakan Ilmu (ILMU) itu ialah Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Turut hadir Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sekurang-kurangnya 30 ahli politik termasuk menteri dijangkiti Covid-19 sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September 2020.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");