Berita Hari Ini

Semua warga asing di Malaysia diberi vaksin Covid-19 secara percuma

Semua bukan warganegara Malaysia akan diberi vaksin secara percuma dalam Program Imunisasi Covid-19, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Keputusan itu dibuat oleh Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam, selari dengan tema Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ serta menerusi pendekatan “tiada yang selamat, sehingga semua adalah selamat”.

Menurutnya, pemberian vaksin secara percuma kepada golongan ini adalah selepas mengambil kira faktor-faktor
berikut:
a. Persekitaran selamat serta bebas Covid-19 hanya boleh dicapai apabila seramai mungkin penduduk Malaysia diberikan vaksin;
b. Dalam tempoh pandemik, pemberian vaksin adalah langkah berperikemanusiaan;
c. Rekod jumlah pesakit yang ramai menerusi kluster yang wujud daripada pekerja asing (sektor perladangan, pembinaan dan
pembuatan);
d. Kos rawatan dan kuarantin pesakit Covid-19 yang tinggi akibat daripada jangkitan kepada kluster pekerja asing;
e. Pekerja asing yang telah menjadi sebahagian daripada komuniti masyarakat dan turut menyumbang kepada ekonomi negara; dan
f. Layanan oleh sebahagian negara luar yang turut memberikan vaksin kepada warganegara Malaysia yang berada di negara
tersebut.

JKJAV berkata, keputusan ini akan memudahkan pemberian vaksin kepada bukan warganegara dan membantu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

”Walaupun begitu, keutamaan pemberian vaksin Covid-19 adalah kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu. Maklumat dan jadual pemberian vaksin untuk warganegara asing akan diumumkan kelak,” katanya dalam kenyataan di sini.

Keputusan pemberian secara percuma ini juga dibuat memandangkan akses bekalan vaksin Covid-19 yang diperolehi Malaysia adalah mencukupi serta melebihi jumlah warganegara Malaysia yang layak menerimanya.

Tambahnya, ia juga selari dengan pendirian kerajaan untuk memberi vaksin kepada seramai mungkin populasi di Malaysia bagi membolehkan imuniti kelompok dapat dibentuk dalam usaha membendung pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");