Berita Hari Ini

SOP Tahun Baru silap, kena tarik balik, perbetulkan semula

“Seseorang telah melakukan kesilapan di sini. SOP ini mesti ditarik dan dibetulkan dengan cepat!”

Itu reaksi Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker mengenai prosedur operasi standard (SOP) kerajaan mengenai sambutan Tahun Baru Cina semalam.

Walaupun Naib Presiden MCA itu tidak memperincikan apa kesilapan dalam SOP dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara itu namun ia ada kaitan dengan larangan keluarga pulang ke rumah untuk majlis makan besar.

Dalam SOP itu hanya membenarkan keluarga yang tinggal di dalam rumah yang sama sahaja untuk makan besar bersama.

145630475_4023574894354054_2846554676992682512_n

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan membenarkan aktiviti majlis ‘makan besar’ bersama keluarga serta upacara sembahyang di rumah dijalankan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada 11 dan 12 Februari depan.

Bagaimanapun, katanya, aktiviti persembahan dan kebudayaan seperti tarian singa, naga, perarakan tanglung dan chingay serta persembahan opera Cina tidak dibenarkan.

Peraturan hanya membenarkan ahli keluarga dalam satu rumah sahaja untuk makan besar menimbulkan persoalan kepada ramai pihak terutama parti pembangkang.

ADVERTISEMENT

Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming berkata, arahan itu seolah-olah untuk makan malam biasa sahaja dan bukan makan besar sempena Tahun Baru Cina.- MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");