Berita Hari Ini

‘Tiada lagi isu Dr M jadi PM sementara, tapi dia tetap boleh berperanan’

Cadangan agar Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sementara tidak lagi muncul namun bekas perdana menteri itu masih boleh berperanan jika pembangkang menang dalam PRU, kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly menekankan kerjasama antara semua parti pembangkang untuk menang dalam PRU15.

Katanya, calon perdana menteri PH untuk PRU15 adalah Anwar Ibrahim manakala Mahathir boleh menjadi menteri mentor atau menteri kanan.

“Idea bahawa Dr Mahathir boleh menjadi perdana menteri sementara tidak lagi muncul namun dia boleh main peranan jika dia mahu, jika kami menang.

“Ini boleh menjadi formula menang-menang dalam PH untuk hadapi PRU15,” katanya seperti dipetik The Malaysian Insight hari ini.

Perselisihan antara Mahathir dan Anwar dilihat belum reda sejak kejatuhan pentadbiran PH pada awal 2020.

PKR malah turut menolak cadangan agar Mahathir menjadi perdana menteri dan Anwar sebagai timbalannya, dalam usaha mengambil semula tapuk pemerintahan daripada Perikatan Nasional (PN), menerusi apa yang dinamakan sebagai “PH Plus”.

Dalam pada itu, Dzulkefly menegaskan PH hanya boleh kembali sebagai kerajaan menerusi “penyelarasan besar-besaran” melibatkan semua pembangkang, iaitu Warisan, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

“Bergantung pada kelemahan lawan sahaja tidak cukup. Strategi kami mesti berdasarkan kekuatan sendiri dan kami sudah tentu tidak boleh pandang rendah PN, BN atau Muafakat Nasional walaupun mereka berpecah sebelum PRU15,” katanya lagi.

Pada masa sama, dia berkata PH tetap mempunyai kekuatan tersendiri dan matlamatnya kekal iaitu Malaysia yang lebih inklusif tanpa isu diskriminasi kaum yang sempit.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");