Berita Hari Ini, Panasnya Hari Ini

Umno sarat dengan ‘warlord,’ ditolak majoriti rakyat

 Veteran politik Daim Zainuddin menyifatkan Umno sebagai tidak lagi mampu menarik sokongan majoriti rakyat kerana sarat dengan ‘warlord’ (panglima perang) yang beranggapan mereka masih menerajui negara.

Daim berkata ramai pemimpin Umno ‘tidak belajar dari sejarah’ dan gagal menawarkan sebarang kepimpinan bermakna untuk kebaikan rakyat.

“Mereka masih bertindak seolah-olah mereka ‘warlord’ yang menguruskan negara,” kata beliau.

Daim berkata agenda pemimpin sedemikian hanya tertumpu kepada pemeliharaan diri dan “rakyat cukup matang untuk mengenali pemimpin seperti ini.”Powered by Streamlyn

“(Justeru), pada masa sekarang, Umno, sebagai sebuah parti, tidak lagi menjadi tarikan kepada majoriti rakyat negara ini,” Daim memberitahu FMT.

Daim menolak keyakinan dalam kalangan pucuk pimpinan Umno bahawa parti itu mampu memenangi pilihan raya umum jika diadakan sekarang.

“Mungkin Umno boleh memperbaiki pencapaiannya berbanding PRU lalu, tetapi apakah ia mampu memenangi jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan secara sendiri? Saya fikir tidak,” kata Daim.

Bekas menteri kewangan itu mengulas tindakan sebilangan pemimpin Umno yang dilaporkan menarik balik sokongan untuk kerajaan Perikatan Nasional bagi mencetuskan pilihan raya umum.

Sebilangan besar Umno bahagian mahu parti itu menamatkan kerjasama dengan PPBM pimpinan Muhyiddin Yassin dalam menghadapi PRU-15.

Bagaimanapun, pada masa sama, akar umbi parti mahu Umno memperkukuhkan kerjasama dengan PAS, iaitu sekutu utama PPBM.

Daim, berkata Umno ‘silap’ memikirkan ia lebih kuat berbanding PAS dan PPBM dalam ‘perang’ untuk memperolehi sokongan pengundi Melayu.

“Malah (Umno) memikirkan ia parti politik paling kuat di negara ketika ini. Tetapi pandangan ini berasaskan apa?

“Ia sebenarnya cuma untuk berlagak (posturing), dan (mahu) berlagak, malah berlagak dalam kalangan mereka yang dikatakan sekutu politiknya, kata Daim.

Beliau menyifatkan Umno sebagai parti yang berpecah belah ketika ini, khususnya dalam isu kerjasama dengan PPBM untuk mencetuskan PRU.

Beliau berkata desakan untuk parti itu memutuskan hubungan dengan PPBM supaya PRU diadakan segera bukan berlandaskan kepentingan rakyat.

“Hujah yang diberi (pemimpin Umno) tidak ada kena mengenai dengan soal kebajikan negara.

“Berdasarkan pandangan, komen, dan kenyataan yang dikeluarkan, majoriti rakyat merumuskan segala gesaan itu dibuat atas agenda peribadi pemimpin berkenaan,” kata Daim.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");