Membawang Hari Ini
Like

‘Anwar inspirasi saya’, Afdlin Shauki sertai PKR

March 31, 2021
345 Views
0 Comments
1 minute read
‘Anwar inspirasi saya’, Afdlin Shauki sertai PKR

Pelakon dan pelawak Afdlin Shauki yang telah menyertai PKR, menyebut presidennya, Anwar Ibrahim, sebagai inspirasi utama bagi keputusannya mendaftar dengan parti itu.

Kata Afdlin kepada Astro Awani, sifat kepemimpinan Anwar dan kesediaan beliau untuk memaafkan membuatkannya tertarik untuk menyertai PKR.

“Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengsaraan yang beliau dan keluarga lalui.

“Nilai yang ada dalam diri Anwar itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai PKR,” kata Afdlin, 49, kepada portal itu.

Afdlin, yang juga bekas juri rancangan realiti TV popular “Raja Lawak Astro”, juga memuji PKR sebagai parti yang menjaga semua kaum, walaupun mempunyai pemimpin Melayu.

Bulan lalu, Afdlin berkata, beliau merancang untuk menyertai bidang politik untuk membantu industri kreatif tempatan dan penggiatnya dengan lebih berkesan.

Menurut Awani, Anwar akan mengumumkan penyertaan Afdlin dan penyanyi rap Altimet dalam PKR esok.

Pada 2012, Afdlin dilaporkan menyertai Umno dengan harapan mendapatkan lebih banyak sokongan bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ketika itu dipimpin Najib Razak.

“Saya selalu menyokong Umno dari luar dan boleh dikatakan ia bukan lagi rahsia, sokongan saya kepada Umno,” kata beliau, lapor The Star ketika itu.

Komen & Pendapat

Comments are closed.