Panasnya Hari Ini

Azmin belum mahu cerita Langkah Sheraton, anggap hanya jamuan

Selepas lebih setahun tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH), Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dia akan menulis tentang apa yang disebut sebagai Langkah Sheraton.

Bekas Timbalan Presiden PKR yang dicop pengkhianat oleh penyokong PH itu menyifatkan detik kemunculan Perikatan Nasional (PN) mempunyai cerita yang panjang.

“Panjang cerita (langkah Sheraton). Saya akan menulis tentang perkara apa yang berlaku yang kononnya disebut Langkah Sheraton.

“Langkah Sheraton hanya jamuan. Tapi apa yang digambarkan adalah satu revolusi berlaku,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.

“Langkah Sheraton hanya jamuan. Tapi apa yang digambarkan adalah satu revolusi berlaku,” kata Ahli Parlimen Gombak berkenaan dipetik wawancara Sinar Ahad hari ini.

Jelasnya, buat masa ini dia belum mahu menceritakan peralihan kerajaan itu sehingga terbentuk jajaran konfigurasi pakatan politik baharu dipanggil Perikatan Nasional (PN) pada 1 Mac lalu.

“Satu masa nanti kita akan tahu apa sebenarnya berlaku. Apa pun kena terima hakikat Dr Mahathir meletakkan jawatan,” katanya.

Untuk rekod, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lalu susulan peletakan jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh pada tengah hari, 24 Februari.

Terdahulu, PH yang membentuk kerajaan dengan 139 kerusi pada PRU 2018 tidak lagi mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan Pusat susulan keputusan Bersatu dan 11 Ahli Parlimen PKR keluar gagasan itu.

Mengulas lanjut, Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PN berkata, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perlu mengisi ketiadaan kerajaan ketika itu.

“Pastinya Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab mengisi kekosongan itu,” tambah Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu lagi.-MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");