Berita Hari Ini
Like

Azmin disindir netizen selepas disuntik vaksin Covid-19

March 9, 2021
385 Views
0 Comments
1 minute read
Azmin disindir netizen selepas disuntik vaksin Covid-19

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini memberitahu telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Ekonomi yang sihat dalam badan yang sihat,” kata Ahli Parlimen Gombak itu ringkas dalam perkongsian menerusi Facebook rasminya.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) berkenaan turut berkongsikan tiga gambar semasa sesi suntikan vaksin tersebut.

Turut kelihatan Timbalannya, Senator Datuk Lim Ban Hong selain foto Azmin mengangkat tangan menyertai slot doa.

Azmin dan timbalannya, Lim Ban Hong menerima suntikan vaksin Covid-19 hari ini.

Walau bagaimanapun, rata-rata daripada lebih 70 komentar diterimanya berbaur sindiran hanya selepas dua jam dimuat naik di media sosial itu.

Paling ketara apabila warga maya mengaitkan dengan isu penyebaran video intim yang telah ditolak dua tahun lalu oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Bahkan, bukan sedikit komentar lucah turut membanjiri ruangan komentar itu walaupun polis sebelum ini tidak dapat mengaitkan pelaku bersama bekas Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz di dalam video tersebut dengan Azmin.

Namun, polis mengesahkan keberangkalian video tersebut tulen adalah tinggi.

Abdul Hamid berkata, hasil siasatan polis mendapati wujud pakatan jahat yang didalangi oleh seorang pemimpin sebuah parti politik bertujuan mengaib dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.

Beliau juga berkata, video yang tular pada Jun 2019 itu telah dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit.-MD

Komen & Pendapat

Comments are closed.