Berita Hari Ini

Bazar Ramadan, Aidilfitri dan solat Tarawih dibenarkan tahun ini, kata Ismail

Kerajaan memutuskan Bazar Ramadan, Aidilfitri dan solat Tarawih dibenarkan beroperasi tahun ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata SOP ketat itu perlu dipatuhi oleh setiap peniaga dan pengunjung di bazar tersebut.

“Antara syaratnya lokasi terbuka, sediakan laluan pintu masuk dan keluar, MySejahtera dan kawalan pengunjung.

“Untuk Bazar Ramadan waktu operasi adalah antara 3 petang hingga 8 malam. Untuk Bazar Aidilfitri dari jam 10 pagi hingga 12 malam,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata solat tarawih secara berjemaah juga dibenarkan di masjid dan surau di seluruh negara.

Bagaimanapun, jumlah kehadiran jemaah adalah tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata polis menahan 134 individu semalam atas kesalahan ingkar SOP.

Katanya, daripada jumlah itu, 127 dikompaun manakala tujuh direman.

“Antara kesalahan ingkar SOP adalah gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (36), tidak memakai pelitup muka (31), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (26), tiada penjarakan fizikal (20), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (17) dan lain-lain (4),” katanya.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");