Panasnya Hari Ini

Dr M: Apa masalah SPR, sekarang sudah ada ‘big data’

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak melihat sebab kenapa pelaksanaan had umur baru mengundi 18 tahun mesti ditangguhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sekarang ini nak kutip data cukup mudah, kita sudah ada big data (data raya), kita tahu berapa ramai yang akan mengundi, usia mereka, di mana mereka tinggal, semuanya ada data.

“Jadi saya tidak tahu apa masalah (SPR) untuk bagi mereka (usia 18 tahun) ini mengundi,” dia dipetik sebagai berkata kepada pemberita di Langkawi hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan Mahathir sebagai menegaskan bahawa Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 mengenai had umur mengundi diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 dan Dewan Negara pada 25 Julai tahun yang sama.

SPR pada 25 Mac mengumumkan akan menangguhkan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik pengundi kepada September tahun depan atas alasan perintah kawalan pergerakan (PKP) menjejaskan perancangan dan persiapan mereka.

Penangguhan itu mendapat bantahan meluas termasuk daripada pembangkang dan Umno, termasuk melalui demontrasi di depan parlimen, Sabtu lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");