Panasnya Hari Ini

Jangan gedebe, Annuar Musa tegur kata dua pada PAS

Menteri Umno, Annuar Musa menegur pihak yang memberi kata dua kepada PAS untuk memilih kerjasama dengan Umno atau Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut ketua Umno bahagian Ketereh, Kelantan, semangat kerjasama dua parti itu tidak sewajarnya dirosakkan.

“Perbuatan memberi ultimatum (kata dua)secara terbuka kepada rakan dalam MN (Muafakat Nasional) sangat tidak manis.

“Bukankah ada Jawatankuas Perunding MN? Kita bersusah payah mendekatkan Umno dan PAS dengan hemah dan kebijaksanaan.

“Usah kita runtuhkan semangat itu dengan cara yang gedebe (samseng). Kita ikat persaudaraan dengan tali Allah,” ciapnya.

Walaupun tidak menyebut mana-mana pihak secara khusus, ia dipercayai merujuk kepada Umno Kelantan yang menggesa PAS membuat keputusan jelas sama ada mahu bekerjasama dengan Umno atau Bersatu pada pilihan raya umum ke-15.

Usul itu dipersetujui 12 daripada 13 ketua Umno bahagian yang turut bersetuju supaya parti itu memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Bersatu.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");