Membawang Hari Ini

‘Kasut Satan’ dengan setitik darah manusia

SETITIS darah manusia menjadi sebahagian daripada sepasang kasut ‘SatanShoes’ yang mula dipasarkan di Amerika Syarikat.

Kasut keluaran MSCHF itu hasil kerjasama dengan penyanyi rap terkenal Lil Nas X yang sebelum ini kontroversi melalui muzik videonya Montero (Call Me By Your Name).

Kasut rekaan semula model Nike Air Max 97s itu mempunyai simbol 666 dan pentagram yang sering kali dikaitkan dengan pemujaan makhluk sesat syaitan. Ia juga mengandungi dakwat sebanyak 60cc dan satu titis darah manusia.

Kasut berwarna hitam dan merah itu turut tertera perkataan Luke 10:18 iaitu rujukan surah dalam kitab suci penganut Kristian iaitu Bible. Surah tersebut jika diterjemahkan menjadi, “Saya melihat Syaitan jatuh seperti kilat dari surga.”

Harga bagi sepasang kasut ini ialah AS$1,018 (anggaran RM4,220) iaitu angka yang diambil dari surah Luke 10:18. Kasut itu juga hanya akan dijual sebanyak 666 pasang.

Pengeluar kasut Nike Nike menafikan sebarang penglibatan pengeluaran kasut itu.

“Kami tidak mempunyai hubungan dengan Lil Nas X atau MSCHF,” kata syarikat itu. “Nike tidak merancang atau melepaskan kasut ini dan kami tidak menyokongnya.”-SM

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");