Membawang Hari Ini

Lebih Rela Mati, Suhaimi Saad Tolak Vaksin Covid-19

Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital.

Nampaknya, Suhaimi sekali lagi mencetuskan kontroversi nekad menolak vaksin Covid-19 meskipun Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Bakri menyarankan umat Islam untuk mengambil vaksin.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Suhaimi berkata dia tidak mengecam ulama atau pun mufti, namun apa sahaja hujah mengenai vaksin ia tidak dapat mengubah keputusannya.

“Aku tak kecam ulama atau mufti, tak juga berniat menghasut sesiapa. Apa pun hujah orang, itu tidak akan semudah-mudahnya mengubah pendirian aku.

“Ini sebab aku pun ambil dalil dari al-Quran. Dalam al-Quran, Allah kata kalau kau ikut cara hidup kebanyakan manusia atas muka bumi ni, nescaya kau akan disesatkan dari jalan Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Suhaimi juga nekad bahawa dia lebih rela mati daripada membiarkan agamanya dihina dan diperbodohkan oleh musuh Islam.

“Aku rela mati berbanding membiarkan agama Allah dihina dan diperbodoh-bodohkan oleh musuh Islam.

“Dan aku minta pada Allah agar Allah buka seluruh hati manusia khususnya para mufti dan ulama untuk melihat kebenaran dengan mata pandang Allah,” tegasnya.-RTKY

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");