Berita Hari Ini

Malaysia perlu keluar daripada ‘perangkap pendapatan menengah’, kata PM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia boleh keluar daripada “‘perangkap pendapatan menengah” yang menyaksikan tahap pendapatan tertentu berjaya dicapai, tetapi ekonomi tidak berkembang.

Ketika berucap padaForum Ekonomi Belia 2021, Muhyiddin berkata, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara menurun kepada 4.6% dalam tempoh dua dekad selepas krisis kewangan Asia, yang menyaksikan pernah mencapai pertumbuhan 8.4% tahun demi tahun.

“Dengan pertumbuhan produktiviti yang tidak berkembang, pendapatan perkapita tahunan terhenti sekitar USD10,000 selama hampir satu dekad, menunjukkan bahawa Malaysia terjebak dalam perangkap pendapatan menengah,” kata beliau.

Muhyiddin berkata, bagi mengatasi masalah itu, negara perlu menjadi pemain eksport global kerana pada masa lalu, negara lain berkembang dengan menghasilkan produk baharu dan bernilai tinggi untuk dieksport.

Untuk tujuan itu, kata beliau, usahawan yang bercita-cita global menjadi pendorong terkuat pertumbuhan.

“Kedua, Malaysia perlu meningkatkan keupayaan pembuatan dengan menghasilkan produk yang semakin kompleks dan canggih.

“Berdasarkan Indeks Kompleksiti Ekonomi, hanya satu peningkatan sisihan piawai boleh meningkatkan pertumbuhan KDNK di Malaysia antara 0.7% dan 1.6% setahun.

“Ketiga, Malaysia perlu mewujudkan syarikat multinasional tempatan kerana hasil pertumbuhan ekonomi daripadanya sangat tinggi,” kata beliau, sambil memberi contoh syarikat Samsung dan Hyundai di Korea Selatan.

Muhyiddin berkata, matlamatnya adalah untuk menghasilkan syarikat Malaysia dalam teknologi terdepan yang berdaya saing di peringkat global.

Belia perlu memainkan peranan penting dalam usaha itu, kata beliau dalam ucapannya.

Selain itu kata beliau, kerajaan melihat semula dasar perindustrian dan strategi pelaburan asing dalam usaha mengatasi kemerosotan pertumbuhan eksport dan sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK negara.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");