Berita Hari Ini
Like

Nak balik kampung Hari Raya, lock-down seminggu sebelum raya – Najib

March 6, 2021
351 Views
0 Comments
1 minute read
Nak balik kampung Hari Raya, lock-down seminggu sebelum raya – Najib

MENTERI Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Pak Long Mail berkata, doakan kita boleh balik kampung raya tahun ini! Ya memang semua orang yang ada kampung nak balik beraya di kampung halaman masing-masing.

Persoalannya, dapat ke tidak, wallahhualam.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantarannya di Facebook berkata, insya-Allah.

“Tapi Hari Raya masih lebih dua bulan lagi. Adakah rentas negeri masih akan disekat selama dua bulan lagi dan adakah bisnes-bisnes berkaitan dengan pelancongan, dapat bertahan tanpa pendapatan selama empat bulan termasuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP)?,” soal Najib.

Menerusi catatan status Facebooknya, Najib juga menambah, rekod PKP 2.0 juga bukan baik sangat.

“Kita masuk PKP 2.0 dengan lebih 2,000 kes (Covid-19) sehari. Selepas 52 hari, kita keluar PKP 2.0 dengan lebih 2,000 kes sehari.

“Jangan dibuat lagi 52 hari PKP setengah masak. Kita tumpu untuk naikkan kadar vaksinasi.

“Jika kadar keberjangkitan (R-nought) di bawah 1.0, saya cadang kita buat lock-down yang amat ketat tapi singkat untuk lima hingga tujuh hari seminggu sebelum rentas negeri dibenarkan untuk Hari Raya bagi menurunkan risiko Covid dibawa ke kampung,” catat Najib.

Di pengakhiran catatannya, jika ada tanda-tanda kes Covid-19 menaik semula selepas cuti Hari Raya, kata Najib, kita boleh juga buat lock-down lima sehingga tujuh hari lagi. – SM

Komen & Pendapat

Comments are closed.