Berita Hari Ini

Polis saman polis kerana langgar undang-undang jalan raya

Polis Kedah menyaman beberapa pegawai, anggota serta kakitangannya atas kesalahan melanggar undang-undang jalan raya, seperti nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi.

Menurut kiriman di halaman rasmi Polis Kedah di Facebook hari ini, pemeriksaan mengejut dilakukan di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah.

“Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan pas keselamatan,” menurut kiriman tersebut.

Menurut pengendali halaman Facebook tersebut di ruangan komen, tindakan berkenaan dibuat susulan pertikaian daripada pengguna media sosial yang mendakwa polis tidak mengambil tindakan terhadap anggotanya.

“Haritu pertikai polis tidak saman polis. Ini dah saman, pertikai betul ke tidak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");