Berita Hari Ini

Polis siasat ‘whistleblower’ Dr Rafidah berkaitan potong barisan vaksin Covid-19

Polis kini menyiasat seorang whistleblower, Dr Rafidah Abdullah yang didakwa membuat pendedahan tentang pemberian vaksin yang disifatkan beliau sebagai dua darjat dan memotong barisan.

Turut dipanggil memberikan keterangan adalah wartawan Malaysia Dateline yang melapurkan tulisan Dr Rafidah tentang dua darjat dalam pemberian vaksin.

Nama Dr Rafidah sebagai whistleblower melonjak selepas kicauan beliau di Twitter mendapat maklum balas segera dari Menteri Sains Teknologi dan Inovasi,  Khairy Jamaludin.

Khairy berjanji akan menyiasat segera kicauan Dr Rafidah yang mendakwa pejabat SUK Kelantan memohon 200 dos vaksin Covid-19 tanpa memberikan nama penerimanya berdasarkan satu maklumat.

Selepas itu peraturan dibuat oleh kerajaan sesiapa yang didapati bersalah melompat barisan dalam pemberian vaksin boleh dikompaun sehingga RM10,000.

Ekoran pendedahan Dr Rafidah, Exco Kelantan mendesak agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pegawainya yang mendedahkan maklumat kepada awam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Kelantan DR Izani Hussin berkata, pihaknya menafikan mereka terlibat dengan sebarang gesaan sehingga wujudnya penularan tersebut.

“Kementerian Kesihatan seharusnya memperkuatkan sistem pentadbiran mereka dan mengambil tindakan kepada kakitangan yang mungkin lalai sedikit dari peraturan serta prosedur yang sepatutnya,” kata beliau sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");