Berita Hari Ini

Siapa lagi terlibat dalam rasuah 1MDB, soal Ahli Parlimen selepas dakwaan peguam

Seorang pemimpin DAP mendesak ketelusan penuh dalam skandal 1MDB berikutan dakwaan mengejutkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) cuba campur tangan dalam perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak, dan menghalang beliau memperoleh keterangan yang dikatakan boleh memperkuatkan pembelaannya.

“Kita bercakap mengenai rompakan di abad ini yang melibatkan berbilion-bilion ringgit. Sesiapa dan semua orang yang terlibat, siapa pun mereka, mesti dihadapkan ke muka pengadilan,” kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Kunci pertikaian terhadap kerajaan AS itu adalah usaha peguam untuk mendapatkan maklumat mengenai nama individu berprofil tinggi lain yang terlibat dalam menyalur keluar dana dalam skandal berbilion ringgit itu dan siapa penerimanya.ADVERTISING

Terdahulu, FMT melaporkan peguam bagi bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng menuduh pihak berkuasa AS campur tangan dalam perbicaraan Najib untuk menyekat keterangan yang dikatakan mampu membantu kesnya.

Mereka juga mendakwa kerajaan bekerjasama dengan Goldman Sachs untuk secara aktif menekan bukti orang lain yang mungkin sudah membuat perjanjian rasuah mereka sendiri dengan menggunakan wang 1MDB.

Ng, yang lebih dikenali Roger Ng, merupakan bekas pegawai bank Goldman Sachs yang diekstradisi ke AS untuk menghadapi perbicaraan atas tuduhan berkaitan 1MDB. Beliau sedang menunggu perbicaraan di daerah timur New York atas tuduhan pengubahan dana 1MDB.

Bercakap kepada FMT, Santiago berkata walaupun dakwaan peguam Ng perlu disahkan, tiada persoalan mengenai ketelusan diperlukan.

“Saya tidak tahu apakah yang dikatakan peguam Ng itu benar atau sama ada ini adalah sebahagian daripada strategi perundangan mereka. Tetapi sesiapa saja yang terlibat mesti didedahkan,” katanya.

Santiago berkata, sekiranya terdapat bukti membabitkan individu berprofil tinggi lain yang terlibat dalam skandal 1MDB, ia sepatutnya didedahkan.

Katanya, pihak berkuasa AS dan Malaysia perlu menjawab dakwaan oleh peguam Ng itu demi ketelusan dan keadilan.

Perbicaraan Najib bagi 25 pertuduhan berkaitan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram sebanyak RM2.6 bilion dana berkaitan 1MDB itu sedang berjalan dengan baik, dengan saksi ke-10 pendakwaan memberi keterangan.

Bekas presiden Transparency International Malaysia Ramon Navaratnam berkata, rakyat berhak mengetahui kebenaran mengenai skandal 1MDB kerana ia melibatkan wang pembayar cukai.

“Pihak berkuasa AS perlu bersikap terbuka dan telus. Kerajaan dan badan kehakiman kita perlu menyeru akan ketelusan dan semua bukti yang relevan perlu dikemukakan.”

Dr Michael Jeyakumar Devaraj, ketua Parti Sosialis Malaysia berkata beliau percaya dakwaan sekatan keterangan itu adalah untuk melindungi kepentingan korporat.

“Saya rasa ini bukan untuk memperbaiki atau memerangkap Najib daripada mendapatkan maklumat tetapi untuk melindungi syarikat kaya. Ia seolah seperti keputusan pro-korporat,” katanya kepada FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");