Berita Hari Ini

Suami ludah dan tampar isteri kerana lewat masak rendang ayam yang diinginkan

SEORANG suami tergamak meludah, menampar dan mahu mencekik isterinya hanya kerana lewat memasak rendang ayam yang dimintanya.

Kejadian tersebut berlaku pada 21 Mac lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di rumah pasangan tersebut di Jalan Pinang, Kampung Melayu, Ampang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada mulanya berlaku pertengkaran di antara mangsa yang berusia 66 tahun dan suaminya, 67 tahun.

“Punca pertengkaran adalah kerana suspek berang dengan isterinya yang lewat memasak rendang ayam yang diminta.

“Semasa pertengkaran berlaku, mangsa telah ditampar di pipi. Suspek juga telah duduk di atas badan mangsa dan meludah muka mangsa.

“Suspek turut mahu mencekik mangsa namun telah dilawan dan terjadi pergelutan hingga jatuh dari katil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, akibat pergelutan itu, mangsa telah mengalami sakit pada badan dan mempunyai kesan lebam di bahagian kanan dagu.

Dalam pada itu, ujarnya, suspek menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kecing manis serta memerlukan suntikan insulin sebanyak empat kali sehari.

“Mangsa tinggal bersama suspek dan juga ibu suspek yang lumpuh, berusia 86 tahun di rumah yang sama,” katanya.

Tambahnya, suasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. -SM

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");