Berita Hari Ini

Tiada cukai, tetapi pelancong tidak juga datang

Pengecualian cukai pelancongan untuk penginapan hotel tidak bererti sekiranya sempadan negara masih ditutup buat pelancong asing.

Pengerusi Persatuan Hotel-hotel Malaysia John Teo berkata, di Sarawak, hanya pelancong asing yang perlu membayar kadar rata RM10 bagi cukai pelancongan untuk setiap bilik hotel yang mereka diami setiap malam.

“Tetapi, sudah setahun tiada pelancong asing melawat Sarawak. Jadi, kami tidak dapat apa-apa daripada pengecualian cukai pelancongan yang diumumkan bawah pakej ransangan Pemerkasa,” kata beliau kepada FMT.

Tambah beliau, pengecualian cukai perkhidmatan bagi penginapan hotel tidak menguntungkan mana-mana pihak kerana kadar penghunian di hotel rendah.about:blankabout:blankabout:blankabout:blankabout:blankPowered by Streamlyn

“Selain daripada hotel-hotel yang dijadikan pusat kuarantin, kebanyakan hotel tidak dikunjungi tetamu akibat sekatan perjalanan rentas daerah dan negeri,” kata beliau.

Kata Teoh, geran sekali gus bernilai sehingga RM3,000 bagi agensi pelancongan dan bayaran sekali gus RM600 bagi pengusaha inap desa hanya dapat melegakan beban kewangan mereka buat sementara waktu.

“Bukannya kami tidak menghargai apa yang diperuntukkan oleh kerajaan.

“Tetapi, kami memerlukan pendekatan yang lebih holistik untuk terus bertahan, seperti membenarkaan perjalanan rentas negeri di lebih banyak kawasan atau mencipta gelembung perjalanan dengan negara lain,” kata beliau, sambil menambah, ia mesti dibuat tanpa menjejaskan kesihatan penduduk tempatan dan pelancong.

Dengan Sarawak terus mencatat tiga angka bagi jumlah kes Covid-19 baharu setiap hari, Teoh ragu-ragu sama ada akan ada harapan buat mereka dalam masa beberapa bulan akan datang.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");