Berita Hari Ini

Tok Mat paling tepat ganti Zahid terajui Umno

Penganalisis politik percaya Mohamad Hasan atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat adalah antara individu paling tepat untuk diangkat sebagai presiden Umno menggantikan Ahmad Zahid Hamidi.

Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, pelantikan Mohamad yang merupakan timbalan presiden Umno juga dapat memulihkan persepsi rakyat supaya kembali meyakini Umno selepas parti itu tewas pada pilihan raya lalu.

Ini memandangkan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu dianggap bebas daripada sebarang kontroversi.

“Ramai yang mahu Mohamad menerajui Umno dan Barisan Nasional (BN), namun begitu Zahid sudah pasti masih mahu kekal mengetuai Umno,” kata Salwati kepada FMT.

Beliau berkata, Mohamad dilihat lebih berwibawa ketika ini, malah prestasi Zahid tidak mengubah persepsi dan pandangan umum kepada Umno.”

Zahid kini menghadapi pelbagai tuduhan pecah amanah dan rasuah di mahkamah.

Menurut Salawati sekiranya Mohamad menerajui Umno, maka beliau sudah pasti akan disokong PAS dan PPBM kerana kedua-dua parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu ingin melihat berlakunya angin perubahan dalam Umno .

Difahamkan Zahid adalah antara pemimpin yang mahu Umno memutuskan hubungan dengan PPBM .https://cecfac70daf9d627a3e12ee4dc6e461e.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Namun Salawati berkata, hubungan Umno dengan PPBM sukar dipulihkan walaupun jika Mohamad menerajui parti itu kerana hubungan dua parti itu “amat kompleks” kerana turut melibatkan akar umbi .

Justeru katanya, hubungan kedua-dua parti masih bersifat subjektif tidak kira siapa pun yang mengetuai Umno.

Sementara itu bagi bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain berkata, Zahid masih mempunyai pengaruh dalam Umno dan mampu mempertahankan kedudukannya sebagai presiden parti.

“Saya andaikan Zahid tetap akan kekal menjadi presiden Umno , kecuali kes mahkamah yang dihadapinya mendapati beliau bersalah dan dijatuhi hukuman sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15),” katanya.

Beliau juga senada dengan Salawati dengan berkata, hubungan Umno – PPBM sukar dipulihkan walaupun pucuk pimpinan parti bertukar .

“Nampak macam tidak ada jalan keluar. Masing-masing tidak mahu bertolak ansur. Kalau begitu kita akan menyaksikan pertembungan Perikatan Nasional, BN dan Pakatan Harapan dalam PRU15 .

“Kecualilah jika PPBM bersetuju menawarkan jawatan perdana menteri kepada Umno apabila menang PRU sementara jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada parti itu,” kata beliau selain menambah bahawa ia tidak mungkin dilakukan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melainkan beliau bersara daripada politik,” katanya.

Kedua penganalisis terbabit mengulas laporan FMT sebelum ini berhubung spekulasi mengenai langkah sekutu Umno dalam BN, iaitu MCA dan MIC, yang merangka “pelan B” yang melibatkan Mohamad menggantikan Zahid sebagai presiden Umno dan pengerusi BN.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");