Berita Hari Ini

19 Sekolah Di Selangor Diarah Tutup

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 sekolah di Selangor diarah tutup, bermula semalam selepas kes jangkitan COVID-19 dikesan berlaku di sekolah terbabit.

Melalui surat pekeliling dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, arahan penutupan itu dilaksanakan bagi membolehkan kerja pembasmian kuman dan saringan kontrak rapat dilakukan.

Sekolah yang diarahkan tutup adalah Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari Subang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong, Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Perdana, SK Bandar Baru Sri Damansara 2, SK Bukit Kuchai dan SMK Bandar Sri Damansara 2.

Turut diarahkan tutup adalah SK Bandar Sri Damansara 3, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai, SMK Damansara Jaya, SK Bukit Jelutong, SMK Seksyen 7, SK USJ 20, SMK USJ 23, SMK Puchong dan SMK Puchong Utama 1.

Selain itu, SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara, SMK Bandar Puncak Jalil, SMK Seksyen 20 dan SMK Puchong Perdana.

Susulan itu, pihak sekolah diarahkan menjalankan proses nyahkuman selain memastikan kontak rapat kepada kes positif, dikuarantin.

Kesemua sekolah terbabit diarahkan tutup mengikut Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bermula hari ini sehingga satu tarikh yang dimaklumkan.

Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");