Jenayah

21 Warga Myanmar ‘Berpesta Air’ Ditahan Polis

Bukit Mertajam: Tindakan 21 individu warga Myanmar membuat bising dengan membuka muzik dan bermain air sambil menari di luar perkarangan sebuah rumah dekat Taman Bidara, di sini mengundang padah apabila mereka ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis ke lokasi pada 2.30 petang susulan menerima aduan daripada orang awam berhubung aktiviti warga Myanmar berkenaan.

“Apabila tiba didapati terdapat 20 lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya warga Myanmar sedang berkumpul di perkarangan rumah berkenaan sambil membuat bising, menari mengikut rentak muzik dan bermain semburan air menggunakan paip getah tanpa mengamalkan penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka.

“Ada yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri namun kesemua mereka berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut kemudian dilaksanakan sebelum terdapat seorang lelaki dipercayai mabuk menolak anggota polis dan meninggikan suara serta enggan memberi kerjasama apabila diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri.

“Kesemua yang ditahan berusia 20-an hingga 30-an dan mereka juga gagal memberikan alasan yang munasabah,” katanya.

Shafee berkata, kumpulan itu ditahan mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 15 Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2021 kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");