Jenayah

3 Pelajar Laku Amang Seksual Terhadap Rakan Dihantar Ke Henry Gurney

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini, mengarahkan tiga pelajar dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka kerana melakukan amang seksual fizikal dan bersubahat melakukan perbuatan itu terhadap empat rakan berusia antara 12 dan 13 tahun.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri, mengarahkan ketiga-tiga pelajar sebuah institusi swasta berusia antara 16 hingga 17 tahun menjalani hukuman berkenaan selama tiga tahun.

Selain itu, dua lagi rakan mereka berusia 13 tahun dihantar ke Asrama Akhlak Rusila, Marang selama satu tahun atas kesalahan sama.

Semua mereka pada 18 Mac lalu membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz dan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di mahkamah sama.

BACA: 5 remaja dihadap ke mahkamah subahat, laku amang seksual terhadap rakan

Bagaimanapun, ketika itu mahkamah menetapkan tarikh 19 April untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Semua tertuduh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a), Seksyen (b) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK ) 2017 serta Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Ogos 2020 hingga Januari lalu di institusi berkenaan di Kuala Nerus.

Tiga lagi tertuduh berusia antara 13 hingga 16 tahun turut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 109 KK kerana bersubahat melakukan kesalahan itu.

Bagi kesalahan mengikut AKSTK 2017, semua tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Ka Full dan Nur Nabihah Hanin Ayim manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Astro Awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");