Berita Hari Ini

40 Petugas Kesihatan Dijangkiti COVID-19

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua yang dijangkiti bagaimanapun tidak mempunyai simptom yang teruk.

Beliau berkata, walaupun sudah menerima vaksin, semua pihak perlu meneruskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ini kerana katanya, tiada seorang pun yang selamat selagi virus itu wujud dalam komuniti.

“Sebanyak 31 kes yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin Covid-19.

“Sembilan kes selebihnya dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Sabtu.

Sinar Harian

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/134012/KHAS/Covid-19/[DIKEMAS-KINI]-40-petugas-kesihatan-dijangkiti-KP-ingatkan-terus-ikut-SOP?utm_source=https://www.sinarharian.com.my/&utm_medium=Sinar Harian&utm_campaign=40 petugas kesihatan dijangkiti, KP ingatkan terus ikut SOP&fbclid=IwAR3McvsQOT6JLsvzO_SZRTB_v2LRt9egJo10mjRxADiCZXn1voGPy5tx9_g
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");