Berita Hari Ini

8 Kawasan Terputus Bekalan Elektrik

KUALA SELANGOR: Lapan kawasan di sekitar Klang, Selangor, mengalami gangguan bekalan elektrik susulan kejadian Pencawang Pembahagi Utama (PPU) Puncak Alam terbakar, awal pagi tadi.

Berdasarkan maklumat dalam Facebook (FB) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Careline, kawasan yang terjejas ialah Bandar Puncak Alam, Taman Alam Sutera, Taman Alam Suria, Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Cerakah, Bandar Hillpark, Astana Alam 2 dan Kuala Selangor.

Menurut makluman itu lagi, pasukan teknikal sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja membaik pulih bekalan elektrik.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5 pagi.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dikerahkan ke lokasi di Jalan Felda 2, Puncak Alam.

“Setiba di lokasi, didapati berlaku kebakaran membabitkan kabel pencawang elektrik utama.

“Anggota kemudian berjaya memadamkan api, dan kebakaran tidak membabitkan mangsa atau struktur bangunan,” katanya.

Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");